scroll text

***INOVATIF***DINAMIK^^^SAMA GEMILANG SAMA TERBILANG***STAND TALL STAND TOGETHER***SEDERAP MELESTARI KECEMERLANGAN***

Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Sep 30, 2017

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN MAJLIS RESTU PELAJAR PT3 2017

Pada 1 Oktober 2017, SMK Taman Nusa Damai telah mengadakan satu majlis solat hajat dan restu bagi pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga tidak lama lagi. Semua ibu bapa dan penjaga pelajar tingkatan tiga dijemput bagi memeriahkan majlis ini. 









Semoga semua pelajar dianugerahkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 akan datang.

Sep 19, 2017

HARI DISKUSI AKADEMIK PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 DAN SPM 2017

Pada 17 September 2017, SMK Taman Nusa Damai telah mengadakan satu Diskusi Akademik bagi pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 untuk membincangkan keputusan pelajar dalam Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM. Semua ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir untuk hadir ke sekolah bagi menyertai diskusi ini. 


Selain itu, dalam masa yang sama juga, Program Menggapai Bintang juga menjalankan diskusi akademik bagi pelajar Menggapai bintang yang terpilih bersama ibu bapa. Diskusi ini dipengerusikan oleh Tuan Pengetua bagi tingkatan 5 dan Puan Norzila bagi pelajar Menggapai Bintang tingkatan 3.




Diskusi ibu bapa dan pelajar Menggapai Bintang Tingkatan 5 bersama Tuan Pengetua, Encik Muhamad Ali.



Diskusi ibu bapa dan pelajar Menggapai Bintang Tingkatan 3 bersama Puan Norzila.

Pihak sekolah mengharapkan agar program ini dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar bahawa musim peperiksaan akan tiba tidak lama lagi. Selain itu, diharapkan agar pelajar bersedia dari segi fizikal dan mental agar mendapat kejayaan yang cemerlang sekaligus mengangkat nama sekolah dalam bidang akademik.

Sep 14, 2017

PERHIMPUNAN BULANAN ASRAMA STAND

Pada 15 September 2017, pihak asrama STAND telah menjalankan satu perhimpunan rasmi bulanan asrama. Perhimpunan tersebut bermula pada pukul 7.00 pagi. Berikut merupakan agenda yang dijalankan dalam mesyuarat tersebut.
Bacaan ikrar pelajar
Nyanyian lagu sekolah, Negaraku dan Bangsa Johor
Ucapan daripada PK Hem, Ketua Warden,Presiden Asrama
Pencapaian sijil penghargaan kepada pelajar asrama yang cemerlang peperiksaan percubaan SPM dan PT3
Sesi bergambar exco asrama
Jamuan Ringkas Diharap pihak asrama dapat menjalankan perhimpunan seperti ini pada setiap bulan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara guru dan pelajar