scroll text

***INOVATIF***DINAMIK^^^SAMA GEMILANG SAMA TERBILANG***STAND TALL STAND TOGETHER***SEDERAP MELESTARI KECEMERLANGAN***

Sep 30, 2017

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN MAJLIS RESTU PELAJAR PT3 2017

Pada 1 Oktober 2017, SMK Taman Nusa Damai telah mengadakan satu majlis solat hajat dan restu bagi pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga tidak lama lagi. Semua ibu bapa dan penjaga pelajar tingkatan tiga dijemput bagi memeriahkan majlis ini. 









Semoga semua pelajar dianugerahkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 akan datang.

PERTANDINGAN INOVASI SEKOLAH MENENGAH

Pada 28 September 2017, pasukan inovasi SMK Taman Nusa Damai telah menyertai satu pertandingan inovasi anjuran PPD Pasir Gudang. Pertandingan tersebut dijalankan di Dewan SMK Kota Masai 2. Pasukan seolah terdiri daripada enam orang pelajar dan dipimpin oleh tiga orang guru iaitu Encik Amiruddin, Encik Hafizi dan Puan Nur Ashikin.  Sekolah kita telah berjaya mendapat Anugerah Perak serta pelajar kita Abbimanyu a/l Chitambaram telah dianugerahkan sebagai Pembentang Terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat. 








Sep 21, 2017

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Pada 20 September 2017, Panitia Sejarah telah mengadakan satu Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh PK Petang iaitu, Puan Norzila bt Othman. Antara agenda majlis adalah beberapa persembahan daripada pelajar termasuklah nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak dan sebagainya. sepanjang bulan kemerdekaan, perlbagai aktiviti telah dijalankan seperti nyanyian lagu patriotik, kuiz mingguan, deklamasi sajak dan lain lain. Penyampaian hadiah juga dijalankan dan disempurnakan oleh Puan Norzila. Semoga bulan kemerdekaan ini akan menaikkan rasa cinta pelajar dan guru kepada negara di samping mengingati jasa-jasa tokoh yang telah membawa kemerdekaan kepada negara kita.




PASUKAN KABADDI STAND

Pada 20 September 2017, pasukan kabaddi sekolah telah menyertai sati pertandingan sempena Karnival Permainan Tradisional anjuran Daerah Pasir Gudang. Pasukan sekolah telah berjaya mendapa NAIB JOHAN dalam pertandingan kabaddi mengalahkan beberpa buah sekolah daerah Pasir Gudang. Tahniah diucapkan atas kejayaan yang mengharumkan nama sekolah dan semoga kejayaan ini memberikan semangat kepada pelajar lain untuk mengharumkan nama sekolah samada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.













SEMBAHAYANG HAJAT UNTUK PELAJAR INDIA STAND

Pada 16 September 2017, STAND telah mengadakan satu program sembahyang hajat bagi semua pelajar India untuk memohon kejayaan bagi semua pelajar dalam peperiksaan akan datang. Majlis ini telah diadakan di Kuil Sri Munishar, Taman Rinting dan guru yang mengiringi peljar adalah Puan Loges. Semoga diberikn kejayaan kepada semua pelajar STAND. Tahniah...!!!




KARNIVAL KEMERDEKAAN DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 15 September 2017, pasukan kompang STAND telah menyertai satu pertandingan persembahan kompang yang telah dianjurkan oleh Daerah Johor Bahru. Pasukan kita telah berjaya memperolehi Johan daripada 27 pasukan yang telah menyertai pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan dan semoga kejayaan ini dapat menaikkan lagi nama sekolah di mata masyarakat. Alhamdulillah.

 Pasukan Kompang STAND bersama Encik Ammar dan Ustaz Yusof selaku jurulatih dan guru pengiring. Tahniah....!!!
Pasukan kompang membuat persembahan di Sekolah selepas kemenangan mereka

Sep 19, 2017

HOREY HOREY...!!

Pada 18 September yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan satu aktiviti bagi pelajar Tingkatan 5. Program ini bertujuan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress dalam kalangan pelajar. Program ini disertai oleh semua pelajar lelaki tingkatan lima dan 4 orang guru pengiring. 
Pelajar dibawa ke Taman Bukit Layang - layang dan menjalankan aktiviti riadah ringan sambil menghirup udara segar pada waktu pagi. antara aktiviti yang dijalankan adalah jogging, senamrobik dan sebagainya. 

 Pelajar mula bergerak ke Bukit Layang-layang dengan menaiki bas

 Pelajar berkumpul di hadapan sekolah
 Sesi memanaskan badan

 Taklimat ringkas oleh guru pengiring



 Aktiviti senaman ringkas


Sesi bergambar 

Tahniah untuk unit Bimbingan dan Kaunseling kerana telah menganjurkan satu aktiviti yang dapat membantu pelajar mengurangkan stress. pelajar pulang ke sekolah pada pukul 8.30 pagi bagi meneruskan pembelajaran di sekolah.

KEJOHANAN BOLA BALING, PIALA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Pada 18 September 2017, SMK Taman Nusa Damai sekali lagi telah mencapai satu kejayaan apabila pasukan bBola Baling sekolah berjaya dalam Kejohanan Bola Baling, Piala Tengku Adnan. Pasukan P18 telah berjaya mendapat tempat ke-3 manakala pasukan L18 berjaya mendapat tempat ke-4


Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga kejayaan ini memberikan semangat kepada pelajar lain untuk mengharumkan nama sekolah

KARNIVAL BOLA SEPAK 1 MALAYSIA

Pada 16 September 2017, SMK Taman Nusa Damai telah menyertai acra dalam Karnival Bola Sepak 1 Malaysia yang dijalankan di Johor Bahru. Pasukan bola sepak JDT JUNIOR telah berjaya menjuarai karnival tersebut dalam kategori bawah 13 tahun.


Tahniah diucapkan atas kejayaan tersebut dan pihak sekolah berharap agar pasukan JDT JUNIOR akan terus megharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum.

MAJLIS TAJAAN PELAJARAN CCM PELAJAR TINGKATAN 1

Syarikat CCM Chemical Sdn. Bhd telah bersetuju untuk memberikan tajaan pelajaran bagi beberapa orang pelajar Tingkatan 1. Pengarah Urusan Tajaan syarikat tersebut telah hadir bagi menyerahkan tajaan tersebut pada murid terpilih yang cemerlang dalam pelajaran. Majlis telah dijalankan bagi meraikan tajaan tersebut pada 17 September 2017.


 Ucapan oleh wakil Syarikat CCM Chemical Sdn Bhd





Persembahan Oleh Pasukan Kompang Asrama STAND

HARI DISKUSI AKADEMIK PEPERIKSAAN PERCUBAAN PT3 DAN SPM 2017

Pada 17 September 2017, SMK Taman Nusa Damai telah mengadakan satu Diskusi Akademik bagi pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 untuk membincangkan keputusan pelajar dalam Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM. Semua ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir untuk hadir ke sekolah bagi menyertai diskusi ini. 


Selain itu, dalam masa yang sama juga, Program Menggapai Bintang juga menjalankan diskusi akademik bagi pelajar Menggapai bintang yang terpilih bersama ibu bapa. Diskusi ini dipengerusikan oleh Tuan Pengetua bagi tingkatan 5 dan Puan Norzila bagi pelajar Menggapai Bintang tingkatan 3.




Diskusi ibu bapa dan pelajar Menggapai Bintang Tingkatan 5 bersama Tuan Pengetua, Encik Muhamad Ali.



Diskusi ibu bapa dan pelajar Menggapai Bintang Tingkatan 3 bersama Puan Norzila.

Pihak sekolah mengharapkan agar program ini dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar bahawa musim peperiksaan akan tiba tidak lama lagi. Selain itu, diharapkan agar pelajar bersedia dari segi fizikal dan mental agar mendapat kejayaan yang cemerlang sekaligus mengangkat nama sekolah dalam bidang akademik.