scroll text

***INOVATIF***DINAMIK^^^SAMA GEMILANG SAMA TERBILANG***STAND TALL STAND TOGETHER***SEDERAP MELESTARI KECEMERLANGAN***

Apr 29, 2017

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SMK TAMAN NUSA DAMAI

ALHAMDULILLAH..MAJLIS MAKAN MALAM AMAL STAND berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan yang agak sederhana. Majlis juga berjalan dengan meriah dengan kehadiran asnaf-asnaf yang terdiri daripada pelajar-pelajar STAND serta para tetamu dan VIP yang lain. Persembahan oleh para pelajar dan band jemputan menambahkan lagi seri majlis ini. Hasil daripada jualan tiket amal ini akan digunakan untuk pembangunan sekolah kelak termasuk penambahbaikan bilik guru dan bilik khas lain. Admin bagi pihak warga STAND mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah sudi menyumbang dengan ikhlas. Semoga ia bermanfaat untuk semua pihak dikemudian hari.
Para tetamu yang hadir mengambil tempat

DJ Najman turut dijemput bagi mengacarakan majlis
 
Para asnaf mengambil tempat

Antara guru STAND yang hadir

Pn. Salimah (kanan) bersama Pn. Ain (PKHEM STAND)
 
Mr. Ivan dan rakan juga turut hadir

Ucapan Aluan oleh En. Muhammad Ali bin Harun, Pengetua STAND


Ucapan Oleh Pn. Haryati, Ahli Majlis MPPG, VIP yang selalu
 memberi sokongan penuh dalam semua program STAND


Para tetamu menjamu selera



Antara pelajar dan band jemputan yang membuat persembahan
 
Majlis tamat kira-kira jam 11.30 malam. Terima kasih kepada semua dermawan dan tetamu yang hadir. 


 



 





 

Apr 26, 2017

PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG STAND

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK TAMAN NUSA DAMAI telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Razak bin Senan, Timbalan Pengarah Bahagian Akademik Politeknik Ibrahim Sultan pada hari ini, 23 April 2017. Terima Kasih Tuan kerana sudi merasmikan majlis kami.
ucapan aluan oleh Pengetua STAND, En. Muhamad Ali b. Harun

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengarah Bahagian Akademik
Politeknik Ibrahim Sultan, Tn. Hj. Abdul Razak b. Senan


Tn. Hj. Abdul Razak juga turut menjadi Pelepas bagi acara utama iaitu 100m 
bagi kategori Lelaki (18)

Ikrar pelajar diketuai oleh olahragawan STAND



Antara persembahan untuk majlis perasmian

Gelagat perbarisan rumah sukan

guru-guru STAND sempat bergambar kenangan

Apr 15, 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG ASRAMA STAND

Satu Program Gotong Royong telah diadakan pada semalam (Sabtu, 14 April 2017) sebagai satu program asrama. Gotong-royong ini melibatkan semua pelajar asrama SMK TAMAN NUSA DAMAI serta para warden. 
Taklimat aktiviti oleh Ketua Warden; Ust Mohd Yusof
 

 Pelajar-pelajar kelihatan ceria 

 Antara warden yang hadir




Apr 13, 2017

TAHNIAH PASUKAN BAHAS BAHASA MELAYU STAND

Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua, En. Muhamad Ali dan Cikgu Zur Aien serta Pasukan Bahas Bahasa Melayu SMK Taman Nusa Damai kerana telah memperoleh tempat ketiga pada pertandingan bahas baru-baru ini. Semoga Kejayaan ini dapat diteruskan lagi kelak.


Apr 8, 2017

TAHNIAH PENGAKAP MUDA STAND

TAHNIAH diucapkan kepada En. Nasaruddin Juwahir dan Pasukan Pengakap Muda SMK Taman Nusa Damai diatas kejayaan dalam Jambori Lencana Jaya Peringkat Negeri Johor 2017 yang telah diadakan di Tunjuk Laut Beach Resort, Tanjung Leman Mersing dari 6-8 April 2017. 
Seramai 17 orang pelajar (11 lelaki dan 6 perempuan) telah mengikuti Jambori ini dan berjaya memperoleh sijil aktiviti dengan pencapaian emas (2  orang), perak (14 orang) dan gangsa (1 orang).
 Pasukan Pengakap Muda STAND

TAHNIAH TEAM BAHASA TAMIL STAND

TAHNIAH diucapkan kepada Pn. Logeswary Raman Pillai dan Team Bahasa Tamil SMK Taman Nusa Damai kerana telah berjaya pada Karnival Bahasa Tamil 2017 anjuran PPD Pasir Gudang. Antara kejayaan kali ini ialah;
1. Mendeklamasi sajak - johan
2. Perbahasan  - naib johan
3. Cerpen - tempat ke4
4. kuiz tatabahasa - tempat ke4 dan ke5.

Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID 2017

Tahniah kepada semua peserta dan Terima kasih kepada semua ajk dan fasilitator yang terlibat di dalam Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid yg telah berlangsung dari 7 - 8 April 2017 di Savannah Hill. Terima kasih yg tak terhingga kepada tuan pengetua En Muhamad Ali Bin Harun yang turut bersama pemimpin murid di dalam kursus ini.

Apr 7, 2017

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING STAND

Kejohanan Bola Baling MSSD Pasir Gudang Kategori L/P 18 2017
Tempat        : Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh          : 2-6 April 2017

Keputusan   :
- Lelaki 18 -Johan,(4 tahun berturut johan)
- Perempuan 18 -Johan(2 tahun berturut johan)



 Gambar kenangan bersama Piala Pusingan

Pasukan Bola Baling Lelaki Bawah 18 SMK Taman Nusa Damai

Pasukan Bola Baling Perempuan Bawah 18 SMK Taman Nusa Damai




antara aksi kejohanan





Apr 6, 2017

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU PELAJAR SENIOR STAND

TERIMA KASIH dari kami warga STAND kepada adik Amy Mistika, bekas pelajar STAND kerana sudi meluangkan masa untuk hadir berkongsi ilmu dan tips serta memberikan motivasi kepada pelajar - pelajar aliran sains tulen. Semoga adik Amy terus cemerlang dan kami harap lebih ramai lagi bekas pelajar STAND dapat kembali untuk berbakti kepada STAND agar kecemerlangan dapat diteruskan.
p/s; mungkin admin perlu mencadangkan agar STAND menubuhkan persatuan alumni nanti.


pelajar-pelajar STAND memberikan perhatian kepada apa yang disampaikan

Apr 1, 2017

MAJLIS GRADUASI SPM 2016

MAJLIS GRADUASI untuk calon SPM 2016 SMK Taman Nusa Damai pada tahun ini telah diadakan pada 1 April 2017 bertempat di Dewan Oxford, Savanna Hill Resort. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Haryati bt Ismail, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Seramai 166 orang pelajar telah hadir pada kali ini dan diharap bilangannya meningkat lagi pada tahun hadapan. 
Penerima Anugerah Khas pada tahun ini ialah
  1. Anugerah Yang Dipertua PIBG - NAJIHA NUR NAJWA BINTI ABDUL RAHMAN (5A+ 3A 1A-)
  2. Anugerah Pengetua - CHONG ZHI ZHEN (5A+ 3A 2A-)
  3. Anugerah Gemilang - NUR SHAHIRA BINTI AZIZI (6A+ 3A)
Tahniah diucapkan kepada semua calon.

Persiapan Tempat berjalan lancar

Para VIP bergambar kenangan

Jualan bunga oleh KEBIRUS STAND

 Antara foto yang sempat dirakamkan

 Antara foto yang sempat dirakamkan

Semua Calon yang hadir bergambar kenangan bersama Pengetua dan VIP